Friday 11 December 2015

0

LUAHAN HATI DI PAGI HARI

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Malam ni baru nampak sebenarnya,antara kejujuran atau mungkin pura-pura.and one more thing,malam ni aku baru dapat mengerti erti sebenarnya mengenai kesabaran.sabar ni ada banyak bentuk dan jenis,tapi yang pasti,keadaan ini akan melibatkan orang yang berada di sekeliling.sebagai contoh,jika kau tak sabar,orang di sekeliling juga tidak mempunyai kesabaran yang tinggi untuk melayan kerenah yang saban hari tiada perubahannya.bila kita sendiri tak boleh sabar dalam sesuatu hal,lambat laun kita juga akan merasai perkara yang sama tanpa disedari.mungkin sebab ego tu lebih sikit atau keikhlasan itu sudah kurang.yang di depan mata sudah tidak nampak,inikan pula yang dibelakang.tapi yang pasti,tolong jangan biarkan sikap diri-sendiri menganggu emosi orang di sekeliling.setiap orang punyai tahap kesabarn yang tersediri dan jangan sampai ia melebihi had.
Emosi sekarang agak tak tenteram and sakit hati sikit,tapi,sekarang cuba nak sabar je and buat tak tahu je,yang pasti aku dapat capai apa yang aku nak selama ni.

FOKUS PADA APA YANG INGIN DICAPAI

Monday 7 December 2015

0

KENALAN DARI EGYPT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakuh....dan selamat pagi

Yes,masih tak tidur lagi sebab need to complete some works and need to do some revision because I have test for Physical Chemistry during this weekend.hujung minggu pun ada test jugak.tapi,takpe lah.kan dah bagitahu hari tu.dah namanya student dan memang kena buat tanggungjawb ni dengan baik dan jayanya:)So,tadi terbukak Instagram lah pulak.adoiiii.dah janji dah tak nak dah buat kerja sambil menyambil ni,means study sambil online.macam mana nak productive kalau dah macam ni.pastu complain tak cukup masa nak study lah padahal salah diri sendiri juga.note for myself....okay lah.back to the story.time duk scroll instagram tu,nampak post dari kawan yang kenal jarak jauh.ye lah.kenal pon melalui instagram je.dia tu student chemistry jugak and belajar kar Mesir.boleh kenal pon sebab ada satu hari tu balik dari kelas,pastu takde keje nak buat,pastu scroll instagram,pastu main tanya je sape-sape dekat instagram tu sebab bosan tak tahu nak cakap dengan sape.hahahahaha.saya ni memang pelik orang nya tapi itu lah saya.hari tu pernah komen dekat instagram Fatin Ilani,insta famous tu.saje je lah komen hari tu sebab bosan sangat study paastu tak tahu nak borak dengan sape.sebenarnya tak berrharap pon Fatin Ilani reply komen tu,tapi sekali die komen,ayat die komen tu macam dah kenal lama dah.hehehehe......sekarang tengah tunggu Nadia Effendy pulak reply komen hari tu.uhukuhukuhuk.......

Oh.....lupa pulak,lepas scroll instagram tadi,nampak post die(kenalan dari Mesir tu),kalau tak silap post die yang 2 minggu lepas.dalam gambar tu ade ayat macam ni

MAKE DIFFICULT LOOK EASY

MAKE IMPOSSIBLE LOOK CUTE

kita ni kena lah jadi cute,barulah hati bahagia selalu.okay,sambung study balik


Saturday 5 December 2015

0

CERITA MALAM SEMALAM

Asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Last night,my friends and I keluar sama-sama untuk pertama kalinya.ye lah,sebelum ni kalau keluar mana pernah cukup 6 enam orang.masing-masing buzy dengan kerja and tanggungjawab masing-masing.semalam kami keluar pergi FUN FAIR!!!!!!hahahaha..bukan pesta liar ye.dia macam ade game ade orang jual-jual barang.fun fair ni dekat Pantai Batu Buruk,Kuala Terengganu.syok wehhh pergi pantai malam-malam.tapi tak nampak lah air laut tu sebab malam kan and gelap...Pastu,semua orang pakat nak main satu game ni except me lah yang tak nak main sebab game tu libatkan ketinggian jugak.memang lah lepas pergi escape hari tu dah macam boleh atasi sikit rasa gayat ni(ada jugak lah takut sikit-sikit),tapi sebab malas nak keluarkan banyak tenaga untuk atasi rasa takut tu.macam over pulak kan tapi itu lah yang sebenar yang terbuku di dalam hati ni.so.I decide nak duduk tunggu kat bawah je sambil tengok keindahan malam.pastu,kitorang pun jalan-jalan sebab dah tak ada game yang sesuai dengan umur kitorang.then,stop kejap beli buah pastu balik.kitorang memang keluar kejap je selalu,ye lah nak jadi anak dara pilihan mak mertua kan.hehehehehe




Amboiii,masing-masing ceria je muka:)

Pastu,kitorang pun gerak nak balik.dalam perjalanan balik tu,lalu lah depan hospital besar Kuala Terengganu ni.rasa macam lain macam sikit.rasa macam nak sangat ambik medic pastu jadi doktor...T_T..Actually,cita-cita nak jadi doktor ni cita-cita sejak sekolah menengah lagi...bila pikir balik,ya,setiap yang terjadi tu ade hikmah nya.apa salahnya dari cita-cita nak jadi doctor kepada jadi chemist pulak.kena percaya dengan apa yang ALLAH S.W.T telah takdir kan ni.ermmmm....tapi serius rasa macam semangat tu dah datang balik and you can do it azlina.tak jadi doctor pon tak pe.belajar betul-betul pastu nanti apply kerja dekat hospital sebab hari ade baca yang hospital pon terima chemistry student ni.ye lah,sekarang kena fokus dengan apa yang ada and buat yang terbaik.

MOVE ON AZLINA!!!!!

Okay,nak pergi sambung study..babai

Tuesday 1 December 2015

0

PEMBUKAAN BULAN DISEMBER

Assalamualaikum.......

Nak citer sikit ape yang berlaku hari ni.Ermmmmm....hari ni actually ade presentation untuk polymer chemistry.susah seh nak esaimen kali ni.kena buat produk dari bahan yang ade polymer pastu citer lagi macam mana nak commercial kan die.susah kan.chemistry dengan keusahawanan.takde kesesuaian langsung.maaf kalau saya cakap macam ni sebab dah memang takde basic keusahawanan pon.untuk esaimen ni,group kami buat tempat untuk alas air panas tu.sepanjang proses untuk buat projek ni,memang banyak halangan,cabaran dan dugaan yang mendatang.wahhhhhh......comel sangat buat ayat macam ni.hehehehe.....First cabaran nak pilih nak buat produk apa yang betul-betul terbaik sebab satu group ni memang nak buat yang terbaik kali ni.(sebab nak backup untuk carry mark jugak).pastu dah tahu nak buat apa,masalah bila nak buat benda tu pulak sebab tak jugak barang aka alat untuk buat.kitorang sampai diri sendiri jadi driller sebab takde alat nak tebuk tu.2 hari ni jadi driller ni.bila dah habis buat lubang,masalah dekat nak buat jam pulak.kami jugak ada buat jam tapi guna model yang sama.sampai 3 kali pergi beli jam sebab nak bagi jam tu betul-betul lekat kat model tu.lepas tu,okay lah.tinggal nak present je.tapi,orang macam saya ni yang tak yakin bila nak cakap depan orang ramai ni memang susah lah.dah macam cacing kepanasan dah nak tunggu turn untuk present tu.tapi satu je nak kongsi,bila nak buat sesuatu tu macam nak present ke,doa banyak-banyak pastu yakin yang ALLAH S.W.T akan tolong kita.cuba lah buat.nanti akan rasa kemanisannya tu.


Ni lah jam yang group kami buat tu.cantik kan..:)


Kesengsaraan semasa presentation..T_T..(tapi muka masih boleh tersenyum...sengsara dalam hati je ni)






KEBAHAGIAAN lepas presentation.bahagia sangat sebab dah habis.

Lepas presentation pergi makan kfc tapi silap pulak beli set burger sebab burger tu macam kecik pulak.so,melapar lah malam ni.okay...esok ada presentation english pulak....buzy sungguh minggu ni sampai nak balik pon asyik tertangguh je.sedih lah macam ni.









Saturday 28 November 2015

0

CARA TAK NAK BAGI MENGANTUK

Assalamualaikum......

Minggu ni sibuk jugak lah.ada macam-macam assignments nak kena hantar.semua assignments tu tak de kaitan sangat dengan Chemistry ni.tapi nak buat macam mana,dah tanggungjawab belajar.semalam ade baca articles ni sebab nak kena present minggu depan.mengantuk memang ade tapi kena cuba elakkan.so,tetiba nampak nampak ubat mestika eh ke mastika tapi ubat yang warna hijau tu.caranya ambik ubat tu pastu secalit kat bawah mata.dua-dua mata tau,kalau tak,tak berkesan.pastu sapu jugak kat bawah hidung.sapu secalit je tau.kalau tak nanti pedih.pastu,kalau tak berkesan jugak ambik ubat tu pastu sedut baunya.mesti segar punya lepas tu.seriusssssss berkesan,lebih-lebih lagi bila dah terdesak sangat.....hahahahaha

okay..bai
0

PESAN ABAH

Assalamualaikum......

Huhhhh...penat jugak masak tadi.tapi,takpe lah.sebab nak cuba pegang pesan abah.


BUAT SESUATU DENGAN IKHLAS

Ringkas tapi padat dan InsyaALLAH akan memberi kebahagiaan kepada diri sendiri.Kalau boleh nak senyum je walaupun pedih.


Rasa macam nak tanam bunga sebab bunga sentiasa berselawat.pastu hati pon jadi tenang.nak lagi baik,jom kita sendiri yang berselawat..eiiiii,tak malu,bunga boleh berselawat takkan kita sendiri tak leh berselawat kan....:)
Okay,nak siap pergi kelas kejap lagi....baiii


Wednesday 25 November 2015

0

ESOK

Assalamualaikum.....

Tak sabarnya nak hari esok.sebab tadi Dr. Teh aka lecturer untuk kelas inorganic chemistry ade bagi macam cabaran gitu.sape dapat jawab Dr. nak tambah 3% dalam carry mark.bukan senang nak dapat carry mark free mcm tu je plus nak 1% carry mark pon susah.okay tipu je.yang paling susah nak dapat above 10% lah tapi kira setiap 1% tu penting lah.tadi dah cari lah serba sedikit pasal cabaran tu.soalan simple je tapi disebabkan tak pasti and so kena baca lebih sikit.harap-harap dapat jawab dengan baik esok sebab seronok belajar inorganic chem ni.belajar sesuatu yang tak nampak and belajar melalui imaginasi.seronok kan!!!awal-awal tu susah jugak lah sebab kena pikir benda yang tak nampak,tapi lama-lama keimaginasian tu akan bertambah plus dibantu dengan doa banyak-banyak.okay lah,buat yang terbaik untuk esok and buktikan yang kau mampu buat azlina.jangan nak malu sangat.
Jom sambung buat essay BI pulak.

Tuesday 24 November 2015

0

AKTIVITI HUJUNG MINGGU....LEPAS





Assalamualaikum.........
Kali ni bagi salam ada titik2 panjang sikit,tandanya hati tengah gembira ni.hahahahahaha....Okay lah.Tadi semangat nak study tu dah ade,tapi entah macam mana pulak boleh terbukak blog pulak.Ye lah tu terbukak padahal segaja bukak kan.Kali ni nak citer pasal aktiviti saya pada minggu lepas.Aktiviti kali ni memang menarik yang saya sendiri pon tak tahu macam mana saya boleh ikut aktiviti kali.sebabnya ia libatkan dengan ketinggian dan orang yang tinggi macam saya ni memang ngeri bila sebut tinggi-tinggi ni.

Aktiviti ni macam trip ni.saya pergi under kelab SRM UMT.kalau tak silap sekretariat rakan muda UMT.Bayaran agak mahal lah tapi memang berbaloi sebab memang tak kan dapat dah kat tempat lain.Wahhhhhhh.....puas hati sangat ni.Trip ni 2 hari 2 malam dan 2 malam jugak tidur dalam bas yang bergegar-gegar.Bab tidur memang tak best lah sebab sebelum pergi trip ni memang dah aim dah naik bas je nak tidur sebab seronok tidur atas bas plus tak yah pikir pasal esaimen yang bertimbun-timbun.Hahahaha

Ermmmmm......trip ni pergi ke tempat sebagai mana gambar diatas.SILA RUJUK GAMBAR DIATAS YE..Dekat escape ni memang banyak lah aktiviti/game yang menarik yang memang patut cuba yang memang takkan menyesal kalau cuba.Tapi sebelum nak cuba tu kena pastikan mental tu betul-betul kuat dan cukup.Faham sendiri lah macam mana mental cukup tu sebab memang macam tu pon keadaannya.Ouh lupa nak cakap,trip kali ni kena duduk ikut kumpulan ,dalam 10 orang macam tu lah.
Tadaaaaaaa...ni lah ahli group saya.cantik2 kan;)

Banyak game dekat escape ni,tapi tak sempat nak try semua sebab banyak sangat.eleh ade hati nak try semua padahal takut tinggi...Kita tunjuk gambar je lah.baru seronok



Ni game MONKEY BUSINESS.die ade 3 level tapi saya mampu lepas level 1 je.yang lain kalau cuba mungkin akan pengsan.
Tahap kepuasan:Memang menguji mental sikit sebab kena jalan kat tempat tinggi and lepas dan main tu gaya penat macam lari banyak meterrrrr

Yang ni pulak JUMPING JACK macam bungee jumping tu.Hahahaha dekat game ni yang paling lama.ambik masa hampir 5 minit jugak berdiskusi dengan encik instruktor tu sama ada nak turun ke tak.bahaya ke tak.serius weh mengigil satu badan.mana tak nye terjun setinggi 20 meter bersamaan dengan 7 tingkat bagunan.tinggi wehhh....orang yang dekat bawah tu sekali dengan foreigner mana ntah kasi sokongan,siap ade yang yang jerit-jerit lagi,(you can do it...you can do it and blablabla)hahahaha...kelakar ah.tapi memang takut lah.bagi saya game ni patut cuba,bak kata orang mula-mula naik cuba tu memang takut lah tapi nanti mesti akan keluar ayat macam ni

 ''Eh,seronok lah game tadi.nanti nak cuba lagi lah''
''Eh,aku dah tak takut tinggi lah''
''Eh,tinggi tu dah sebati lah dengan aku''
Yang last tu macam tipu kot.hahahha.Tahap kepuasan:MEMANG TERBAIK!!!!!!!

Ermmmm...yang ni time nak tunggu turn main FLYING LEMUR macam flying fox gitu.Tak de lah takut sangat sebab masa main tu kasut licin,so dia macam bantu sikit time nak turun tu sebab tak yah angkat kaki nak turun.kalau tak lama  jugak nak start tu.mula-mula tu takut jugak tapi kali kedua main seronok sebab dapat menikmati alam semulajadi gitu.ye lah,dah dekat tempat tinggi.semua benda boleh nampak.Tahap kepuasan:Seronok lah jugak.boleh lah nak buat modal citer kat kawan-kawan nanti.hehehehe
Sebenarnya banyak lagi game yang menarik,tapi tu lah tak cukup pastu penat sebab tak makan satu hari.memang penat lah buat aktiviti berat-berat pastu tak makan.nasib baik sempat makan nasik goreng pagi tu.nasik goreng ni kelab SRM tu bagi.terima kasih SRM sebab bagi nasik.tapi apepon,trip ni memang terbaik ah.memang tak rugi cuba.Malam tu kitorang tidur atas bas lagi.tak sempat singgah mana-mana pon.Beli kfc pastu terus balik pastu terus sampai UMT.cepatnya kena balik U balik...:(..Okay lah nak sambung buat keje jap tapi mood macam tak berape nak ade ni sebab rasa menyampah sangat..uwekkkkk...lantak ah.yang penting aku dapat capai apa yang aku nak..

 GO GO AZLINA.YOU CAN DO IT.YOU CAN GET PHD AT 25 YEARS OLD

Sekian.......


Friday 30 October 2015

0

SUDAH TEPU

Assalamualaikum....

Ya,bertepatan dengan tajuk memang dah tepu dan masih tepu.dari pagi lagi duk baca nota cat yang tak habis-habis.Rasa dalam hati tu memang dah malas pon,tapi bila pikir balik kena lawan rasa tu sebab nanti diri sendiri jugak yang akan merana.Ku sudah tak sanggup lagiiiiiiiiiiiii.......

                                                           STRESS

Test masuk dari chapter 1-3 je,nampak sikit je tapi setiap chapter tu ada anak-anaknya yang sangat banyak yang tak terkira yang tak terhitung yang tak  tahu nak cakap apa lagi.SATURATED.
Sekarang duk baca pasal binders yang ada 14 jenis yang tak tahu bila nak habiss tapi kena habiskan sebelom hari ahad sebab hari ahad lah exam.Mood sekarang memang sangat-sangat tak stabil and pikir nak balik je sebab hati akan AUTOMATIK menjadi tenang bila kat rumah..hahahaha.Okay,boleh sambung hafal binders balik.Kalau tak tahu binders tu apa,tak yah duk nak google lah sebab banyak sangat.Nak senang binders tu pelekat dalam cat,tu je....

Current mood:

Jiwa tengah sedih..Sekian

Thursday 22 October 2015

0

TENGAH BAHAGIA NI!!!!!!

Bahagia sangat ni.tak tahu nak describe macam mana.hahahaha.rasa seronok sebab dapat buat apa yang menggembirakan diri yang sunyi sepi ni.huhuhu.tak sabar rasa nak tunggu hari esok and tak percaya yang hari esok tu tiba juga.ADA APA DENGAN HARI ESOK?????tunggu esok lah dan yang pasti ia semacam bagi semangat untuk terus bangkit dan terus kehadapan.jalan menuju ke impian tu dan makin cerah dan kau harus terus melangkah,wahhhh...ayat penyedap hati.lepas ni nak cuba untuk tak peduli apa orang nak cakap,apa orang nak pikir sebab yang pasti aku tahu apa yang aku inginkan dan ALLAH S.W.T tu sentiasa bersama dengan hambaNya.tak sabr rasa nak tunggu 2 tahun lagi nak habis belajar pastu nak keje sambil buat master.hahahaha......


Dan hari yang indah itu pasti akan tiba;)

Sunday 18 October 2015

0

DAN AKU PUN TERSEDAR

Assalamualaikum....
Alhamdulillah,setelah berminggu-minggu aku menanti kepastian daripada apa yang terjadi selama ini akhirnya aku temui jua jawapannya.Ya,setiap yang hidup pasti akan diuji dan dalam persahabatan juga akan ada ujian yang kadangkala tu kita tak nampak sampai satu tahap tu duk asyik salahkan diri sendiri dan orang lain.Tak pikir ni semua ujian untuk menyedarkan diri sendiri yang makin hari makin alpa..hrmmmm.......
Apa-apa lepas ni kalau berlaku sesuatu kesusahan cuba untuk pikir hikmah disetiap apa yang berlaku tu.Jangan asyik nak cari salah je.Makin serabut ada lah tambah dengan lab report yang tak pernah habis..haduhhhhh.
.
.
.
.
Okay Azlina,sambung buat lab report.:)

Friday 16 October 2015

0

PAGI INI

Assalamualaikum....
Jom mulakan pagi ini dengan perkara-perkara yang mengembirakan sebab pagi ni lah yang menentukan hari kita.Kalau pagi-pagi dah bad mood,maka rosak lah satu hari tu.Rasa pagi ni nak siapkan lab report dengan hati yang tenang dan damai sebab sekarang memang dengan mood HAPPY!!!!memang dah lama tunggu saat ni.


Baca doa dulu
                                                                                                                                             From:Google