Tuesday 12 March 2019

0

PENULIS JALANAN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Apa khabar korang semua? Aku harap korang baik-baik sahaja hari ni. Hari ni aku terlebih excited sebab aku baru je habis baca sebuah buku ni. Padahal aku baru sahaja mula baca buku tu semalam. Sebelum ni, lepas aku habis baca buku tu, aku tak terus tulis review. Hehehe. Tapi, kali ni lain pula sebab buku ni teramat best, paling menarik dan sangat wow. Hah, apa lagi nak tulis. Nampak macam over tapi memang best pon buku ni. Memang patut pon buku ni menang 2 anugerah, bukan 1 tau, 2 sekaligus. Antara anugerah yang berjaya diperolehi ialah Anugerah MPH Best of 2017 dan Anugerah Pilihan Pembaca Popular-BH 2017 dan kedua-duanya untuk kategori bukan fiksyen. Bukan calang-calang penulis ni.

Oh ya, lupa pula nak bagitahu siapa penulis buku ni (excited sangat ni). Penulis buku ni ialah Teme Abdullah hasil terbitan ImanPublication. Aku rasa semua buku-buku daripada Iman Publication ni memang bagus lah. Tak rugi sikit pon kalau baca. Malah dapat manfaat dan inspirasi lagi selepas baca buku-buku tersebut. Well done Iman Publication.

Meh aku cerita sikit tentang buku ni. Buku ni pasal kisah sebenar yang dialami oleh penulis yang menghadapi masalah dalam meneruskan pengajiannya. Kalau aku berada dekat tempat penulis pada masa tu, aku rasa aku dah mati akal dah. Jadi buntu, blank. Ya lah, cuba korang bayangkan, dah lah tak dapat biasiswa untuk sambung belajar, pastu tak dapat nak belajar dekat luar negara, dengan masalah dekat universiti lagi (oh ya, dia dapat juga nak sambung belajar dekat luar negara tapi ada kisah yang patut korang baca. I’m not gonna tell you guys), pastu dekat masalah kewangan dan yang paling sakit hati sekali masalah dengan rumah sewa. Dah lah sewa mahal, pastu letak syarat yang bukan-bukan pula. Ishhhhh. Aku memang tak dapat nak bayangkan macam mana kusutnya penulis ni waktu tu untuk hadapi dan selesaikan semua tu. Penulis ni memang bersemangat dan beranilah. Good job.

Masa aku baca buku ni, aku nak lah juga tengok lukisan-lukisan penulis tu. Cantik sangat ke sampai semua orang nak beli lukisan tu dan korang pon mesti teringin juga kan nak tengok lukisan. Korang tak payah susah-susah nak cari sebab dalam buku disertakan sekali beberapa gambar lukisan penulis tu. Kalau korang tengok mesti korang tak percaya punya. Masa mula-mula tu, aku ingat penulis ni lukis gambar permandangan yang selalu pelukis lukis tu, tapi aku silap sejuta kali silap sebab lukisan tu memang kena dengan penulis tu. Kan penulis ni sedang sambung belajar dalam bidang architecture, jadi lukisan tu mengambarkan dirinya yang sebenar. Memang boleh nampaklah ciri-ciri seorang student architecture tu. Memang kemas dan teliti lukisan tu.

Apa yang aku boleh pelajari daripada buku ni ialah sikap penulis ni yang tak pernah lari daripada masalah tu walaupon sukar untuk dia hadapi. Dia hadapi semua tu sebab dia yakin akan pertolongan daripada ALLAH S.W.T. Ni ayat yang aku ambil daripada buku ni “Kau boleh memilih untuk terus lari dari masalah, tetapi itu hanyalah penyelesaian sementara”. Kadang-kadang tu aku nak juga jadi berani seperti penulis ni dan hadapi semua masalah yang mendatang tu, tapi aku takut. Aku takut untuk terima hakikat yang harus aku terima. Okay, selepas ni aku akan cuba jadi lebih berani sebab selagi aku tak mencuba, selagi tu aku tak tahu dan selagi tu juga aku tak dapat untuk merasai pengalaman tu dan pemgalaman ini juga lah yang akan memberi kekuatan padaku. Aku harap korang pon boleh jadi lebih berani tau.

Okay, sampai disini je untuk hari ni. Aku rasa dah banyak yang aku bebel. Aku nak sambung tengok drama jap.

Terima kasih korang.