Thursday 7 November 2019

0

JOM KITA BUAT PLANNER!!!

Assalamualaikum.....

               Ni lah planner aku. Please                                  cakap cantik ya. Hehehe

Aku ingat nak update malam ni lah. Sebab data pon dah nak habis. Hehehe. Malam ni aku nak bagitahu korang cara-cara nak buat planner. Kebetulan hari tu, aku ada subscribe Video Walla, so boleh lah tengok Youtube lama sikit. Kalau guna data aku yang sedia ada ni, jawabnya hujung bulan asyik loading je lah. Ouh ya, aku ada tengok video alaa aku lupa lah pulak tajuk, tapi tajuk dia macam ni kot "Bullet journal with me". Serius aku betul-betul lupa ni sebab video tu random je keluar, nampak macam menarik, so aku tengok lah.

Lepas je tengok video tu, aku jadi semangat balik nak buat planner. Ouh ya, sebelum tu aku ada tengok video Fiefirds juga, yang pasal "Productive Day" tu. Lepas aku tengok 2 video tu,lagi bersemangat lah. Sebelum ni memang aku dah biasa guna planner pon, tapi sejak menjadi penganggur ni, tak banyak benda nak buat, jadi kosong lah planner aku tu. Tapi bila-bila aku fikirkan balik, aku jadi tak ada kerja nak buat sebab aku biar kan plannet aku tu kosong. Aku jadi tak ada planning untuk setiap hari tu. Jadi dengan ini, aku nak mulakan guna planner balik. Tetiba semangat lain macam.

              Yang ni kira first page untuk                                         every month.

Dalam planner aku ni, aku dah buat ruang siap-siap untuk setiap hari. Sebelum ni aku biasa buat dalam 1 page tu, untuk 2 hari. Tapi aku perasan cara macam tu agak susah sikit bagi aku untuk track aktiviti aku untuk 1 minggu ni. Tak nampak secara keseluruhan apa yang aku buat pada setiap minggu tu. Aku tukar pula kali ni, aku buat 2 pages tu untuk sebulan terus. Aku aku tak nampak lagi, mungkin kena buat untuk setahun terus.

                         Macam ni haaa

Tapi, ruang untuk setiap hari tu macam kecil lah pula. Tak puas nak tulis. Mungkin aku boleh tulis keypoint je kot. Kalau ada yang kena explain lebih tu, aku tambah page extra untuk hari tu. Aku rasa berkesan kot guna cara macam ni. Kita tengok dulu hujung bulan ni macam mana. Banyak ke tak kerja yang boleh aku buat.

Ouh ya. Aku beli buku ni dekat Mr Diy. Aku kalau masuk je kedai Mr Diy, memang rambang mata. Ada je yang nak beli. Asal nak beli benda lain, alih-alih terbeli benda lain pula. Hehehehe. Sekarang kan ada 11.11 sale. Lagi syok beli online.


Masa aku tengah siapkan planner ni, baru aku sedar yang tinggal 1 bulan lebih je lagi sebelum masuk tahun 2020. Aku rasa tahun depan agak unik sikit, tengok nombor pon dah macam gempak, mesti banyak teknologi baru yang akan muncul. Aku harap azam korang semua pada tahun ni tercapai. Jangan risau kalau ada azam yang tak tercapai, mungkin ada yang tercapai tapi korang je yang tak perasan. Cuba korang senaraikan achievements dan goals untuk tahun 2019 ni. Lepas tu bandingkan. Kalau achievements korang lagi banyak, tahniah sebab dah banyak yang korang berjaya lakukan tanpa korang sedar tapi kalau goals korang yang lagi banyak, jangan risau.

Cuba fikirkan balik kenapa korang tak berjaya realisasikan goals korang tu. Mungkin kena guna cara lain ke. Kita tak tahu kan.

Okay lah. Banyak pulak aku bebel hari ni. Korang share lah tentang 2019 korang. Apa perkara yang paling menggembirakan bagi korang yang terjadi pada tahun ni. Aku saja nak tahu :)

0 comments:

Post a Comment