Thursday 7 November 2019

0

JOM KITA BUAT PLANNER!!!

Assalamualaikum.....

               Ni lah planner aku. Please                                  cakap cantik ya. Hehehe

Aku ingat nak update malam ni lah. Sebab data pon dah nak habis. Hehehe. Malam ni aku nak bagitahu korang cara-cara nak buat planner. Kebetulan hari tu, aku ada subscribe Video Walla, so boleh lah tengok Youtube lama sikit. Kalau guna data aku yang sedia ada ni, jawabnya hujung bulan asyik loading je lah. Ouh ya, aku ada tengok video alaa aku lupa lah pulak tajuk, tapi tajuk dia macam ni kot "Bullet journal with me". Serius aku betul-betul lupa ni sebab video tu random je keluar, nampak macam menarik, so aku tengok lah.

Lepas je tengok video tu, aku jadi semangat balik nak buat planner. Ouh ya, sebelum tu aku ada tengok video Fiefirds juga, yang pasal "Productive Day" tu. Lepas aku tengok 2 video tu,lagi bersemangat lah. Sebelum ni memang aku dah biasa guna planner pon, tapi sejak menjadi penganggur ni, tak banyak benda nak buat, jadi kosong lah planner aku tu. Tapi bila-bila aku fikirkan balik, aku jadi tak ada kerja nak buat sebab aku biar kan plannet aku tu kosong. Aku jadi tak ada planning untuk setiap hari tu. Jadi dengan ini, aku nak mulakan guna planner balik. Tetiba semangat lain macam.

              Yang ni kira first page untuk                                         every month.

Dalam planner aku ni, aku dah buat ruang siap-siap untuk setiap hari. Sebelum ni aku biasa buat dalam 1 page tu, untuk 2 hari. Tapi aku perasan cara macam tu agak susah sikit bagi aku untuk track aktiviti aku untuk 1 minggu ni. Tak nampak secara keseluruhan apa yang aku buat pada setiap minggu tu. Aku tukar pula kali ni, aku buat 2 pages tu untuk sebulan terus. Aku aku tak nampak lagi, mungkin kena buat untuk setahun terus.

                         Macam ni haaa

Tapi, ruang untuk setiap hari tu macam kecil lah pula. Tak puas nak tulis. Mungkin aku boleh tulis keypoint je kot. Kalau ada yang kena explain lebih tu, aku tambah page extra untuk hari tu. Aku rasa berkesan kot guna cara macam ni. Kita tengok dulu hujung bulan ni macam mana. Banyak ke tak kerja yang boleh aku buat.

Ouh ya. Aku beli buku ni dekat Mr Diy. Aku kalau masuk je kedai Mr Diy, memang rambang mata. Ada je yang nak beli. Asal nak beli benda lain, alih-alih terbeli benda lain pula. Hehehehe. Sekarang kan ada 11.11 sale. Lagi syok beli online.


Masa aku tengah siapkan planner ni, baru aku sedar yang tinggal 1 bulan lebih je lagi sebelum masuk tahun 2020. Aku rasa tahun depan agak unik sikit, tengok nombor pon dah macam gempak, mesti banyak teknologi baru yang akan muncul. Aku harap azam korang semua pada tahun ni tercapai. Jangan risau kalau ada azam yang tak tercapai, mungkin ada yang tercapai tapi korang je yang tak perasan. Cuba korang senaraikan achievements dan goals untuk tahun 2019 ni. Lepas tu bandingkan. Kalau achievements korang lagi banyak, tahniah sebab dah banyak yang korang berjaya lakukan tanpa korang sedar tapi kalau goals korang yang lagi banyak, jangan risau.

Cuba fikirkan balik kenapa korang tak berjaya realisasikan goals korang tu. Mungkin kena guna cara lain ke. Kita tak tahu kan.

Okay lah. Banyak pulak aku bebel hari ni. Korang share lah tentang 2019 korang. Apa perkara yang paling menggembirakan bagi korang yang terjadi pada tahun ni. Aku saja nak tahu :)

Tuesday 5 November 2019

0

PENGALAMAN SPM

Assalamualaikum....

Hari ni second day SPM kan. Teringat pula aku masa aku SPM dulu. Jap aku nak kira dah berapa tahun dah berlalu......Dah 7 tahun dah rupanya. Rasa macam baru je SPM. Tapi dulu aku agak risau sebab masa Trial SPM aku tak dapat straight A pon. Aku memang betul-betul target nak dapat straight A sebab aku nak baiki balik result PMR dulu dan nak buktikkan yang tak semestinya tak dapat straight A PMR tak boleh berjaya. Dulu masa aku PMR, aku dapat 8A je. Aku slack dekat BI. Disebabkan daripada kes tu, orang asyik bandingkan result aku dengan anak diorang. Pastu yang dapat straight tu nak menyombong je dengan aku. Tak pandang pon aku. Padahal aku slack 1 subjek je kot. Lepas tu, aku memang tekad nak buat yang terbaik.
Ni apa yang aku buat dulu lah. Cara aku study dulu. Kalau korang nak ikut, boleh je kalau korang selesa study macam ni. Tapi cara aku study ni hard sikit sebab memang aku usaha betul-betul. Kan aku frust tak dapat straight A PMR. Memang aku try hard work hard lah untuk SPM ni.

1) Aku selalu buat nota. Macam subjek Bio dan Kimia tu, aku akan buat nota bergambar. Aku akan lukis macam mana sesuatu proses tu berlaku. Kalau dalam kelas masa 2 subjek ni, aku akan lukis balik apa yang cikgu terangkan tu tapi dalam bentuk lukisan. Bagi aku, aku lebih faham dalam bentuk lukisan ni. Kalau aku dengar je, memang satu pon tak masuk. Aku rasa aku ni jenis yang study secara gambaran/lihat. Kalau aku tak tengok, memang aku tak faham apa-apa pon. Hahaha.

2) Aku juga suka buat latihan. Aku akan pastikan semua buku latihan aku habis dibuat. Aku ada habit yang aku tak boleh tengok buku latihan tu kosong. Aku rasa bazir duit beli buku tapi tak buat latihan. Aku ingat lagi masa nak first exam Add Math. Senior-senior selalu cakap yang subjek ni ramai yang akan fail. Aku tak nak lah sampai ada fail. So, aku hari-hari aku buat latihan Add Math. Aku ada buat latihan dalam satu buku ni, lupa pula apa nama buku tu. Tapi soalan dia memang tahap mencabar dan menguji keimanan. Soalan dia lebih kepada over sikit. Macam ni. Biasa kena darab 2 kali je, tapi ada soalan tu kena darab sampai 5 kali. Sebab aku tak nak bazirkan buku tu, aku buat sampai habis lah. Tapi bagus juga buku tu buat soalan susah, boleh uji kefahaman dan kemahiran kita juga. Sebenarnya, Add Math ni soalan dia lebih kurang je, korang cuma kena banyak buat latihan tu mahirkan lagi step mengira tu. Setiap soalan/topik tu memang dah ada step macam mana nak kira. Bila selalu buat latihan, nanti senanglah nak jawab dan boleh faham soalan tu dengan mudah.

3) Aku selalu baca buku rujukan. Ya, kena baca juga buku teks tu, tapi sebagai tambahan baca buku rujukan juga. Aku selalu pinjam buku dekat library je. Macam-macam jenis buku ada. Aku bersyukur sangat dapat kawan-kawan yang baik sudi bagi pinjam buku, soalan latihan dari tuisyen diorang. Aku tak mampu nak pergi tuisyen dekat luar.

4) Lepas korang dah faham apa yang korang baca tu, korang boleh praktikkan dengan ajar kawan-kawan korang atau siapa pon yang tanya. Kalau korang tak faham juga, macam dalam proses nak faham, korang boleh ajak kawan sama-sama. Macam ni, korang cakap lah "Aku baru habis study pasal ***, kau nak tak kalau aku cerita balik dekat kau". Haaa macam ni. Cerita balik. Nanti mesti korang automatik akan faham. Kawan tu pon akan faham juga.

5) Kalau boleh, cuba elakkan daripada study last minute. Bila dah last minute ni tapi nak sumbat semua benda, memang berterabur lah. Lagi kucar-kacir lah. Kalau nak study last minute juga, cuba baca nota yang korang dah buat sebelum ni je. Jangan baca buku teks atau rujukan. Nanti pening tak tahu nak baca yang mana. Lagi lah gelisah, esok dah nak exam tapi tak habis study lagi. Aku dulu masa SPM, aku decide keluar asrama awal. Kira waktu SPM tu akan memang tak duduk dekat asrama terus. Aku kalau boleh nak elakkan daripada orang tanya itu ini. Aku bukannya kedekut tapi aku tak suka lah bila dah last minute baru nak tanya. Time tu aku nak revise balik je. Dah tak nak study berat-berat.

6) Dulu, masa aku tingkatan 5, aku jadi terikut dengan classmate aku yang suka solat Dhuha. Setiap kali wakti rehat, diorang mesti akan pergi surau, solat. Waktu rehat biasanya 30 minit kan, jadi dalam perjalanan aku nak pergi ke surau tu, aku terus singgah beli makanan kejap. Nanti, lepas habis solat, boleh makan. Cuba lah korang buat. Bagus solat Dhuha ni.

7) Akhir sekali, jangan lupa berdoa. Aku selalu kalau berdoa aku akan bayangkan apa yang aku nak. Sebab bila kita bayangkan apa yang kita nak, nanti akan timbul kita rasa yakin pada Allah. Nanti, akan jadi lebih bersungguh-sungguh berdoa. Aku selalu buat macam ni lah, nak bagi keyakinan tu tinggi. Kalau tak, mesti tak yakin, pastu jadi tak bersungguh-sungguh.

Okay lah, panjang pula entry aku kali ni. Aku mulanya nak wish je, pastu bila dah teringat semua ni, cerita terus lah. Hehehe. Apa-apa pon, buat yang terbaik untuk SPM. Yakin yang korang boleh buat. Jangan berhenti usaha selagi boleh usaha. Okay. Bye bye.