Thursday 31 October 2019

0

Luahan hati di malam hari

Assalamualaikum.

Aku pon tak tahu kenapa aku tak tidur lagi ni. Apa-apa pon, aku baru lepas berpenat lelah pukul lipas tapi tak kena pula. Sakit hati betul dengan lipas ni. Nanti aku nak beli perangkap lipas dekat kedai Mr. Diy. Lepas ni aku tak payah nak serabut lagi dengan lipas.

Okay, habis bahagian lipas, sambung kepada tujuan aku tiba-tiba nak menulis malam ni.

Aku rasa tak nak ungkit apa yang terjadi dekat aku ni sebab aku dah penat dengan semua ni. Cuma, aku ada terfikir yang dengan apa yang terjadi pada aku sekarang banyak membantu aku untuk jadi lebih baik. Kita selalu rasa ujian itu satu beban, tapi sebenarnya ia satu petunjuk yang berharga untuk kita. Maaf ya, aku tak berniat nak bagi tazkirah pon, tapi bila dah sendu ni, jadi macam ni lah tulisan aku.

Okay lah. Jumpa lain kali. Sesekali, korang say hi lah kat aku. Nak kenal-kenal juga.

Saturday 19 October 2019

0

BOOK REVIEW: CERITA GAGAL

CERITA GAGAL

Assalamualaikum....

Apa khabar korang semua? Ermmm ada ke yang baca blog ni. Harap-harap korang sudi dan tak jemu baca blog ni. Kalau korang ada apa-apa cadangan, boleh je komen dekat bawah. Nanti saya akan reply. Tak pon korang boleh juga DM saya dekat Instagram. Okay, hari ni rasa macam nak menulis pula.

Buku yang ingin saya kongsikan hari ini ialah buku terbitan Iman Publication, bertajuk Cerita Gagal hasil tulisan Faizah Hamid dan Fatin Syamimy. Apa yang saya ingin katakan tentang buku ini cerita yang terdapat dalam buku ni macam dah menjadi episod-episod kehidupan saya. Macam mana nak cerita eh. Hurmm. Diam macam ni. Dalam hidup kita ni pasti kita akan melalui pelbagai peristiwa dan kisah. Jadi, sebahagian daripada kisah hidup saya sama dengan apa yang dikongsikan di dalam buku ini. Nanti tak pasal-pasal korang tahu pula rahsia hidup saya. Tapi takpe, cerita dalam buku ni hanyalah gambaran je, kisah disebaliknya korang tak boleh tahu juga.

Okay lah,berbalik pada buku ni, ia mempunyai beberapa cerita dan saya yakin bila korang baca pasti korang akan dapat reflect balik dengan hidup korang. Sebab cara penulisan penulis untuk menyampaikan cerita dan maksud tu memang kena sangat. Sesuatu yang biasa dan pernah berlaku dalam kehidupan kita.
Saya suka dengan satu ayat dalam buku ni. Di tulis “Andai episod gagal itu dapat membawa kita lebih dekat dengan ALLAH, biarlah kita gagal”. Menarik kan. Lagi satu, setiap cerita dalam buku memang penuh pengajaran dan boleh kita jadikan panduan untuk meneruskan kehidupan kita yang senantiasa penuh dengan gelora.
Buku ni memang patut korang miliki sebab korang takkan rugi kalau baca buku ni plus korang dapat manfaat lagi. Oh, rasanya buku ni ada sambungan atau “adik-beradik” dengan satu lagi buku tu. Tajuknya, Cerita Yang Hilang”. Tapi saya tak habis baca lagi, dalam proses.
Okay lah korang, ni je yang saya ingin kongsi dengan korang. Kalau korang ada apa-apa buku menarik, boleh lah cadangkan dekat saya. Buku ni pon saya pinjam dari library juga. Bajet tak cukup lagi nak beli.

Terima kasih korang.