Saturday 28 November 2015

0

CARA TAK NAK BAGI MENGANTUK

Assalamualaikum......

Minggu ni sibuk jugak lah.ada macam-macam assignments nak kena hantar.semua assignments tu tak de kaitan sangat dengan Chemistry ni.tapi nak buat macam mana,dah tanggungjawab belajar.semalam ade baca articles ni sebab nak kena present minggu depan.mengantuk memang ade tapi kena cuba elakkan.so,tetiba nampak nampak ubat mestika eh ke mastika tapi ubat yang warna hijau tu.caranya ambik ubat tu pastu secalit kat bawah mata.dua-dua mata tau,kalau tak,tak berkesan.pastu sapu jugak kat bawah hidung.sapu secalit je tau.kalau tak nanti pedih.pastu,kalau tak berkesan jugak ambik ubat tu pastu sedut baunya.mesti segar punya lepas tu.seriusssssss berkesan,lebih-lebih lagi bila dah terdesak sangat.....hahahahaha

okay..bai
0

PESAN ABAH

Assalamualaikum......

Huhhhh...penat jugak masak tadi.tapi,takpe lah.sebab nak cuba pegang pesan abah.


BUAT SESUATU DENGAN IKHLAS

Ringkas tapi padat dan InsyaALLAH akan memberi kebahagiaan kepada diri sendiri.Kalau boleh nak senyum je walaupun pedih.


Rasa macam nak tanam bunga sebab bunga sentiasa berselawat.pastu hati pon jadi tenang.nak lagi baik,jom kita sendiri yang berselawat..eiiiii,tak malu,bunga boleh berselawat takkan kita sendiri tak leh berselawat kan....:)
Okay,nak siap pergi kelas kejap lagi....baiii


Wednesday 25 November 2015

0

ESOK

Assalamualaikum.....

Tak sabarnya nak hari esok.sebab tadi Dr. Teh aka lecturer untuk kelas inorganic chemistry ade bagi macam cabaran gitu.sape dapat jawab Dr. nak tambah 3% dalam carry mark.bukan senang nak dapat carry mark free mcm tu je plus nak 1% carry mark pon susah.okay tipu je.yang paling susah nak dapat above 10% lah tapi kira setiap 1% tu penting lah.tadi dah cari lah serba sedikit pasal cabaran tu.soalan simple je tapi disebabkan tak pasti and so kena baca lebih sikit.harap-harap dapat jawab dengan baik esok sebab seronok belajar inorganic chem ni.belajar sesuatu yang tak nampak and belajar melalui imaginasi.seronok kan!!!awal-awal tu susah jugak lah sebab kena pikir benda yang tak nampak,tapi lama-lama keimaginasian tu akan bertambah plus dibantu dengan doa banyak-banyak.okay lah,buat yang terbaik untuk esok and buktikan yang kau mampu buat azlina.jangan nak malu sangat.
Jom sambung buat essay BI pulak.

Tuesday 24 November 2015

0

AKTIVITI HUJUNG MINGGU....LEPAS





Assalamualaikum.........
Kali ni bagi salam ada titik2 panjang sikit,tandanya hati tengah gembira ni.hahahahahaha....Okay lah.Tadi semangat nak study tu dah ade,tapi entah macam mana pulak boleh terbukak blog pulak.Ye lah tu terbukak padahal segaja bukak kan.Kali ni nak citer pasal aktiviti saya pada minggu lepas.Aktiviti kali ni memang menarik yang saya sendiri pon tak tahu macam mana saya boleh ikut aktiviti kali.sebabnya ia libatkan dengan ketinggian dan orang yang tinggi macam saya ni memang ngeri bila sebut tinggi-tinggi ni.

Aktiviti ni macam trip ni.saya pergi under kelab SRM UMT.kalau tak silap sekretariat rakan muda UMT.Bayaran agak mahal lah tapi memang berbaloi sebab memang tak kan dapat dah kat tempat lain.Wahhhhhhh.....puas hati sangat ni.Trip ni 2 hari 2 malam dan 2 malam jugak tidur dalam bas yang bergegar-gegar.Bab tidur memang tak best lah sebab sebelum pergi trip ni memang dah aim dah naik bas je nak tidur sebab seronok tidur atas bas plus tak yah pikir pasal esaimen yang bertimbun-timbun.Hahahaha

Ermmmmm......trip ni pergi ke tempat sebagai mana gambar diatas.SILA RUJUK GAMBAR DIATAS YE..Dekat escape ni memang banyak lah aktiviti/game yang menarik yang memang patut cuba yang memang takkan menyesal kalau cuba.Tapi sebelum nak cuba tu kena pastikan mental tu betul-betul kuat dan cukup.Faham sendiri lah macam mana mental cukup tu sebab memang macam tu pon keadaannya.Ouh lupa nak cakap,trip kali ni kena duduk ikut kumpulan ,dalam 10 orang macam tu lah.
Tadaaaaaaa...ni lah ahli group saya.cantik2 kan;)

Banyak game dekat escape ni,tapi tak sempat nak try semua sebab banyak sangat.eleh ade hati nak try semua padahal takut tinggi...Kita tunjuk gambar je lah.baru seronok



Ni game MONKEY BUSINESS.die ade 3 level tapi saya mampu lepas level 1 je.yang lain kalau cuba mungkin akan pengsan.
Tahap kepuasan:Memang menguji mental sikit sebab kena jalan kat tempat tinggi and lepas dan main tu gaya penat macam lari banyak meterrrrr

Yang ni pulak JUMPING JACK macam bungee jumping tu.Hahahaha dekat game ni yang paling lama.ambik masa hampir 5 minit jugak berdiskusi dengan encik instruktor tu sama ada nak turun ke tak.bahaya ke tak.serius weh mengigil satu badan.mana tak nye terjun setinggi 20 meter bersamaan dengan 7 tingkat bagunan.tinggi wehhh....orang yang dekat bawah tu sekali dengan foreigner mana ntah kasi sokongan,siap ade yang yang jerit-jerit lagi,(you can do it...you can do it and blablabla)hahahaha...kelakar ah.tapi memang takut lah.bagi saya game ni patut cuba,bak kata orang mula-mula naik cuba tu memang takut lah tapi nanti mesti akan keluar ayat macam ni

 ''Eh,seronok lah game tadi.nanti nak cuba lagi lah''
''Eh,aku dah tak takut tinggi lah''
''Eh,tinggi tu dah sebati lah dengan aku''
Yang last tu macam tipu kot.hahahha.Tahap kepuasan:MEMANG TERBAIK!!!!!!!

Ermmmm...yang ni time nak tunggu turn main FLYING LEMUR macam flying fox gitu.Tak de lah takut sangat sebab masa main tu kasut licin,so dia macam bantu sikit time nak turun tu sebab tak yah angkat kaki nak turun.kalau tak lama  jugak nak start tu.mula-mula tu takut jugak tapi kali kedua main seronok sebab dapat menikmati alam semulajadi gitu.ye lah,dah dekat tempat tinggi.semua benda boleh nampak.Tahap kepuasan:Seronok lah jugak.boleh lah nak buat modal citer kat kawan-kawan nanti.hehehehe
Sebenarnya banyak lagi game yang menarik,tapi tu lah tak cukup pastu penat sebab tak makan satu hari.memang penat lah buat aktiviti berat-berat pastu tak makan.nasib baik sempat makan nasik goreng pagi tu.nasik goreng ni kelab SRM tu bagi.terima kasih SRM sebab bagi nasik.tapi apepon,trip ni memang terbaik ah.memang tak rugi cuba.Malam tu kitorang tidur atas bas lagi.tak sempat singgah mana-mana pon.Beli kfc pastu terus balik pastu terus sampai UMT.cepatnya kena balik U balik...:(..Okay lah nak sambung buat keje jap tapi mood macam tak berape nak ade ni sebab rasa menyampah sangat..uwekkkkk...lantak ah.yang penting aku dapat capai apa yang aku nak..

 GO GO AZLINA.YOU CAN DO IT.YOU CAN GET PHD AT 25 YEARS OLD

Sekian.......