Wednesday 4 January 2017

0

HARI KELIMA 2017!!!!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Lamanya dah tak update blog ni. Dah berapa bulan ntah tak update.niat nak update tu ade je tapi malas nak tulis.hehehehe..okay, memandangkan sekarang dah melangkah ke tahun baru(ermm..rasa macam sekejap je 2016 ni), nak kongsi lah sikit perkara-perkara yang terjadi sepanjang 2016 lepas.tadaaaaaa.....(gaya macam buat vlog je,hahaha..nak je rasa buat vlog sebab tak yah tulis tapi malu..opsss)



Ni first time makan dekat dal komm cafe. Alaaaa cafe dalam citer DOTS tu.huhuhu. Serius sedap nak-nak kek die tu tapi harga die*pengsan*


Ni waktu pergi lawatan KESMIA hari tu.Ouhhh lupa pulak nak cakap pergi makan dekat dal komm cafe tadi tu waktu pergi lawatan ni lah. Ermmm, lawatan ni tak best pon,(nanti jangan report dekat AJK lawatan ni tau.nanti tak pasal-pasal kite yang kene marah)yang best pon sebab ni last lawatan dah.ye lah kan dah final year..hohohoho


Aktiviti tahunan sebelum final exam is makan-makan sampai lupa diri..hahaha.tapi masih berbalik ke pangkal jalan lah.kan dah bagitahu tadi sebelum final exam.so kena sedar diri lah sikit(macam tak de kaitan kan,tapi entah lah rasa idea nak tulis ni tak keluar lah,maybe sebab dah lamaaaaaaa sangat tak tulis blog ni).Makan dekat kafe ni sebab kafe ni ada unsur-unsur chemistry gitu ditambah pula kitorang ni kan student chemistry so kena lah makan dekat kedai-kedai yang ada chemical stucture (chemistry sangat padahal nak lukis chemical structure pon susah apatah lagi nak naming *sindrom habis paper carbonyl chemistry tadi*). Tapi yang peliknya cafe ni nama caffe 5, tak de kaitan pon dengan chemistry *think*




Sebab kitorang dah final year, so kena lah ambil gambar untuk kali terakhir bersama-sama walaupun tak semua ada dalam gamabr.huhuhuhu


Asyik dengan kawan-kawan je, family time pun kena ade jugak. Ni first time bergambar secara besar-besaran sebab kitorang baru beli monopod.ni pon share duit dengan adik.hukhukhuk




Setiap masa nak selfie.Ni waktu sambut birthday adik bongsu.(yang pakai baju warna merah tu).waktu ni rasa seronok sangat sebab dapat buat aktiviti bersama keluarga. kenangan ni tak dapat dijual beli gitu.cehhhh


Ni pulak pergi Pulau Bidong.setiap pelajar UMT akan dan mesti dapat pergi Pulau Bidong ni sebab die kira macam pakej gitu,budak UMT dapat gi Pulau Bidong.macam tu lah.seronok sangat,sebab ni first time naik bot yang superrrr duperrrr laju sampai nak tercabut jantung.Makan masa lebih setengah jam jugak lah naik bot tu. Semuanya seronok lah pergi Pulau Bidong ni sebab pergi dengan Chemist Berjaya(ni nama group kitorang tau,jangan ada sape-sape nak tiru pulak)gedik kan dah 22 pon ada nama group lagi.huhuhu.nanti kite buat satu entry khas untuk Chemist Berjaya ni..*nantikan......*

Rasanya ni je kot sepanjang 2016 ni.sebenarnya banyak je lagi tapi kenangan tu harus lah kekal di ingatan je(padahal malas nak tulis).Malam ni free pon sebab tadi baru habis paper yang ketiga.ada satu paper lagi, tu pon selasa depan.lambat lagi kan.hahaha...okay lah.nak gi sambung buat keje lain pulak.Nantikan entries yang akan datang.. Okayyyy



0 comments:

Post a Comment